Sunday, 14 February 2016

Cara-cara untuk pos barang

Cara-cara untuk pos barang 
Assalamualaikum hai.....Entry kali ni Arina nak share tentang cara-cara nak pos barang guna poslaju. Dulu Arina  sangat-sangat la tak tahu bab posto-posto ni. Sehingga la Arina terjebak biz online Shawl. Dari situ Arina belajar cara nak pos. Tak bertanya sesat jalan betui dak. hehe. Sekarang mudah. Google je.

LANGKAH PERTAMA
Sila balut barang yang nak pos tu siap-siap dekat rumah. Boleh balut pakai bubble wrap, kertas minyak, plastik pape je la. Plastik yang korang dapat kalo beli belah kat mall pon boleh. Plastik Thank You kita panggil.  Just packing bagi barang tak berterabur. CONTOH tudung, baju ke pape lipat dan bungkus elok2.. Tak de la dia terburai. Jika ada barang-barang fragile atau mudah pecah balut la pakai bubble wrap ye. Lebih terjamin keselamatan barang.




Contoh plastik thank you. Nak pos terus cam ni pon boleh tapi takut terkoyak lak masa dalam proses penghantaran. Dorang tak menatang barang-barang ni ibarat minyak yang penuh okey. haha. Beratus lagi barang pos dorang nak handle. Kalo nak pos gini boleh pastikan bahagian dalam ada balut-balut 1 helai lagi plastik. Atleast kalau koyak lapisan pertama tak jejas kandungan barang tu kan.. Plastik last sekali leh sarung dari plastik poslaju punye (terpulang).


LANGKAH KEDUA

Pergi ke pejabat poslaju.Isi consigment note pulak. Arina panggil kertas poslaju je. hehe. Ini contoh ye. Yang purple untuk PRABAYAR. Yang Oren tu Pos biasa (timbang punye).  Tak sure yang mana, boleh tanya kat kaunter poslaju ok.

pic credit




LANGKAH KETIGA
Isi borang tersebut. PENGIRIM adalah kita. PENERIMA adalah customer. Nama , alamat dan no hp. 3benda ni wajib di isi ye.. Dah isi borang then pegi timbang n bayar.. SETTLE ^___^
Untuk Prabayar tak perlu bayar dah. Just drop kat kaunter.

PLASTIK TIMBANG
Plastik ni kena beli kat poslaju. 10 keping rm2 je kot utk saiz S. 50keping pun ada tapi wani tak tau lak berapa. huhu. Lupa. Lain saiz lain harga ye. Ada sai S, M, L, XL. Perlu bayar selepas timbang. 

pic credit


PLASTIK PRABAYAR UNTUK POS SEMENANJUNG SAHAJA
Plastik ni hanya bayar sekali je.. Masa beli. Pastu masukkan barang korang dalam plastik atau kotak yang muat. Then serahkan je tanpa ada apa-apa bayaran tambahan lagi.


No comments:

Post a Comment